Make your own free website on Tripod.com

Eksperimen
                                                                                       

Seorang penyelam yang sedang menyelam di bawah laut akan merasai tekanan pada badannya. Sekiranya kedalamam asal penyelam itu menyelam adalah pada 1 m pada aras laut, tetapi kemudian penyelam itu menyelam lagi sehingga kepada kedalaman  5 m. Pada pendapat adik-adik, adakah tekanan yang dirasai oleh penyelam pada kedalaman 1 m sama dengan pada kedalaman 5 m? Untuk mengetahui jawapannya adik-adik perlu melakukan eksperimen mudah yang boleh dilakukan di rumah. (eksperimen 1)

Seketika kemudian penyelam tersebut telah pergi menyelam pula di dalam sebuah sungai pada kedalaman 5 m. Apakah yang dapat adik-adik katakan mengenai tekanan yang dirasai oleh penyelam tersebut dalam sungai berbanding dengan laut pada kedalaman yang sama? Adakah tekanannya sama ataupun berbeza? Untuk mengetahui jawapannya cuba adik-adik lakukan eksperimen ini pula. (eksperimen 2)